Monday, March 16, 2009

Untukmu wanita

Wanita Solehah Idaman Mujahid
www.iLuvislam.com
nurinaqistinaEditor: everjihad

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan.


Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatankepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Wednesday, March 4, 2009

Kejahilan Kita tentang Hakikat Islam

Menurut AsySyahid Dr. Abdul Qadir 'Audah di dalam kitabnya, AlIslam Wa Audha'una asSiyasiyyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya. Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan dengan tutur kata mereka.


Kejahilan dengan Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam. Mereka menolak hukumhakamnya menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu sendiri.
Sebenarnya Islam adalah satu sistem hidup pilihan Allah S.W.T. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya


“ Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orangorang yang diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayatayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat HisabNya. “ (Surah ali ‘Imran ayat 19)


“ Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasih dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orangorang kafir telah berputus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pegampun lagi Maha Penyayang.”(Surah al Maaidah ayat 3)


Allah S.W.T. sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain daripada sistem hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya


"Sesiapa yang mencari selain daripada alIslam sebagai Din (cara hidup), maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi." (Surah Ali 'Imran ayat 85).


" Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran) ? “ (Surah Yunus ayat 32).


Allah S.W.T. juga tidak mengutuskan seseorang rasulNya melainkan dengan kebenaran dan alKitab . Firman Allah S.W.T.

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang(orangorang yang tidak bersalah) , kerena (membela) orangorang yang khianat “ (Surah An Nisaa’ ayat 105)

"Dialah yang mengutuskan RasulNya (dengan membawa) pertunjuk (al Quran) dan dengan Din yang benar untuk dimenangkan Nya atas segala agama, walaupun orangorang musyrik tidak menyukai"(Surah atTaubah ayat 33.)

Namun di dalam kesempurnaan ISLAM ini, manusia masih lagi cuba mencaricari sitem kehidupan lain untuk mengatur kehidupan mereka. Mereka ini sebenarnya jahil dengan realiti ISLAM yang sebenar. Saya sedih juga mengenangkan beberapa individu yang saya kenal, mempelajari ISLAM dari orientalisorientalis barat. Akhirnya yang mereka jumpa hanyalah kecacatan ISLAM.

ISLAM mempunyai kecacatan? Hakikatnya ISLAM yang diturunkan oleh ALLAH Yang Maha Sempurna ini tiada kecacatannya. Tetapi musuhmusuh ISLAM sentiasa cuba menimbulkan keraguan di hati manusia agar manusia tidak menerima ISLAM ini sebagai cara hidup. Manusiamanusia berhati busuk yang telah menjadi kudakuda syaitan ini, berusaha matimatian membuat tuduhan palsu, buktibukti palsu bagi mengelirukan manusia lain.

Sebab itulah, jika hendak mengetahui ISLAM, maka perlulah mencarinya dari sumber yang sah dah sohih lagi diyakini. AlQuran dan Sunnah adalah sumber utama untuk memahami ISLAM, di samping perlu untuk kita kembali merujuk semula sirah Rasulullah S.A.W. dan kehidupan para sahabat. Kemudian kita hendaklah merujuk dari ulama’ulama’ yang muktabar.

Kejahilan terhadap ISLAM, hanya akan membuatkan hidup kita huru hara dan tidak bahagia. Jika peraturan paling sempurna di dunia ini tidak dapat kita hayati, bagaimana kita hendak mengatur kehidupan kita dengan baik, dan bagaimana kita hendak mencapai tujuan hidup ini iaitu ibadah kepada ALLAH? Bagaimana pula kita hendak kembali kepada ALLAH S.W.T. dalamkeadaan baik?

Kita perlu pecahkan tempurung kejahilan ini,

Kita semak kembali sistem kehidupan yang sempurna ini, yang merupakan kunci ketenangan hidup kita dunia dan akhirat.


sumber:http//www.langitillahi.blogspot.com

KENALI AL AZHAR..



Al-Azhar , Kiblat Ilmu Dunia Islam

UNIVERSITI AL-AZHAR
Universiti Al-Azhar diasaskan oleh Khalifah Mu’iz Dinillah Ma’ad Bin Al-Mansur, Khalifah IV semasa pemerintahan kerajaan Fatimiyah pada tahun 319-365 Hijrah bersamaan 931-975 Masihi. Ketika penubuhannya pada 06 Julai 969 Masihi, bandaraya Kaherah diisytiharkan sebagai ibu Negara Mesir. Setahun kemudian, panglima tentera bernama Jauhar As-Saqali telah diberi mandat untuk membina Masjid Al-Azhar pula.


MASJID AL-AZHAR

Nama Al-Azhar diambil sempena nama anak baginda Rasulullah S.A.W, Saiyidatina Fatimah Az-Zahra’ yang berkahwin dengan Khalifah Keempat Saiyidina Ali Bin Abi Talib. Masjid ini telah dibina oleh Jauhar As-Saqali di bandaraya Kaherah atas arahan Khalifah Fatimiah iaitu Al-Muiz Dinillah. Ia berasal daripada kata “Zahra” yang bermaksud bersinar, berkilau dan bercahaya. Kerja-kerja pembinaan masjid ini telah bermula pada 04 April 1970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 39 Hijrah dan siap dibina pada 22 Jun 972 Masihi besamaan 07 Ramadhan 361 Hijrah.


Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun. Pada tahun 378 Hijrah bersamaan 988 Masihi, wali kerajaan Abbasiah di Mesir, Ya’kub Bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah Aziz Billah untuk menaikkan status masjid kepada universiti dengan menawarkan pelbagai bentuk pengajian. Bermula dari saat itu, Negara Mesir mula disinari dengan kehadiran ulama’-ulama’ terbilang dari seluruh pelusuk dunia untuk menabur ilmu. Masjid ini juga dikenali sebagai Jami’ Al-Azhar.

Masjid ini berfungsi sebagai sebuah universiti buat pertama kalinya pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik. Pada tahun 1961 Masihi ia berubah menjadi sebuah university moden yang mempunyai beberapa fakulti. Al-Azhar dianggap sebagai pusat penyebaran pemikiran Islam, politik dan ilmu-ilmu agama di Negara Mesir serta dunia Islam keseluruhannya. Masjid ini mempunyai lima buah menara yang melambangkan zaman yang berlainan serta mempunyai 13 mihrab. Di dalam masjid terdapat sebuah perpustakaan yang sangat besar.

INSTITUSI KEILMUAN AL-AZHAR

Penekanan dalam melahirkan ilmuan amat dititikberatkan oleh Universiti Al-Azhar. Semenjak zaman pemerintahan kerajaan Ayyubiah (567-648 Hijrah bersamaan 1171-1250 Masihi) yang diketuai oleh Salahudin Yusuf Bin Ayub , Lembaga Pendidikan telah ditubuhkan untuk membuat kajian sehingga memberi kesan perubahan dalam institusi ini. Pengaruh Syiah dapat dibendung walaupun masih tetap dipelajari. Pengajian yang berorientasikan ahli-Sunnah wal-Jamaah telah dijalankan sehingga sekarang. Beliau telah meneroka pengkajian ilmu-ilmu yang merangkumi turath Islam seperti tafsir, hadith, fiqh, ilmu kalam, bahasa Arab dan sastera. Di samping itu, beliau juga meneroka ilmu aqli seperti falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan sebagainya.

Pada pemerintahan Mamalik, negara Mesir telah mengalami beberapa perubahan. Antaranya, di bawah pemerintahan Sultan Ad-Dhadir Barquq (748 Hijrah bersamaan 1382 Masihi) telah mengangkat Air Bahadir At-Thawasyi sebagai Rektor Pertama. Penyebaran ilmu semakin pesat sehingga ke Turki, selepas kemenangan Kerajaan Othmaniyah menewaskan kerajaan Mamalik.
Sultan Salim I telah membawa bersama pakar-pakar ilmuan dalam pelbagai bidang beserta kitab-kitab yang tidak ternilai harganya daripada perpustakaan Al-Azhar untuk dibawa ke Turki bagi memajukan kota raya yang pesat membangun di sana. Kegemilangan ilmu Islam makin digilap pada zaman keturunan Pasha yang diutus dari Turki. Mereka merupakan ulama’ yang disegani dan terkenal dengan sifat-sifat wara’ di samping ilmu yang luas.

Pada zaman pemerintahan Ali Pasha, beliau telah menggabungkan sistem pendidikan tradisional dan moden. Di zaman ini juga gelaran Syeikh Jami’ Al-Azhar telah diperkenalkan dengan memilih Syeikh Muhammad Al-Quraisy sebagai Syeikh Al-Azhar I. Sehingga sekarang terdapat 40 orang syeikh yang telah memimpin Al-Azhar dan Syeikh Al-Azhar sekarang ialah Dr Mohammed Syed Al-Tontowi.

Sistem pengajian yang berasaskan Teras Islam telah melahirkan ulama’ yang berkualiti menentang musuh-musuh Islam yang sentiasa membuat perancangan melemahkan umat Islam. Hal ini terbukti apabila berlakunya pemberontakan menentang penjajah Perancis pada Oktober 1798. Syeikh-syeikh Al-Azhar telah meniupkan semangat jihad menentang musuh-musuh Allah, di samping mereka sendiri turut serta dalam peperangan tersebut.

Di antara pemimpin yang terkenal ketika itu ialah Syeikh Mauruqi dan Syeikh Sulaiman Jausuqi. Detik sejarah ini berlaku di sekitar Al-Azhar dan Masjid Hussien. Ribuan kitab karangan ulama’ Al-Azhar telah dimusnahkan oleh penjajah Perancis dalam tragedy ini. Namun semangat yang meluap ini tidak pernah luntur. Demi memartabatkan maruah umat Islam, muncul seorang ulama’ yang gagah berani iaitu Sulaiman Al-Halbi. Kehebatan dan kegagahan beliau terbukti apabila beliau Berjaya menumpaskan ramai musuh termasuk Cilber, ketua penjajah Perancis di Kaherah pada 1800 Masihi.

Universiti Al-Azhar semakin masyhur dan diiktiraf kehebatannya apabila seorang rakyat Mesir iaitu Muhammad Ali Hakiman telah dilantik sebagai hakim untuk menentang penjajah Inggeris yang telah menghina Al-Azhar pada tahun 1805. Beliau merupakan hakim yang mendapat kelulusan Al-Azhar serta diberi mandate besar oleh rakyat Mesir sendiri pada ketika itu.

PENGAJIAN DI AL-AZHAR

1- Al-Azhar di Zaman Kerajaan Fatimiyyah
Menurut sejarah, proses pengajian Al-Azhar suatu masa dahulu adalah selari dengan sejarah masjid Al-Azhar sendiri. Pada awal pembinaannya pada tahun 975M bersamaan 365H, pengajian telah dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisor, di mana ia merupakan kitab fiqh dalam kalangan pendukung Syiah. Pengajian ini dijalankan setelah mendapat arahan daripada Qadil Quda Abu Hassan Ali Bin Lukman Bin Al-Qaitawani. Pengajian tersebut diadakan setiap malam Selasa dan malam Jumaat.

Penambahan mata-mata pelajaran juga turut berlaku sehingga akhirnya ia telah menjadi sebuah institusi besar dan pertama yang membincangkan segala bidang-bidang ilmu agama termasuk riadhah, falaq, sastera dan sebagainya. Semua ini dilakukan hasil daripada pengembelengan tenaga segenap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan pemerintahan ulama’ dan pelajar untuk menyebarkan Islam.

2- Al-Azhar di Zaman Kerajaan Ayyubiah (567-648H / 1171-1250M)

Di zaman ini, pemerintahnya ialah Salahuddin Al-Ayyubi. Sistem pembelajaran yang berdasarkan mazhab ahli Sunnah wal Jamaah telah dikemaskini menjadi fiqh empat mazhab iatu Maliki, Syafie, Hambali dan Hanafi sebagai dasar pendidikan pada waktu itu. Pengajian ilmu yang berasaskan akal (aqli) seperti perubatan, falaq dan riadhah pula mengambil Dr Musa Bin Maimun sebagai tenaga pengajar. Dr Abdul Latif Al-Baghdadi pula menjadi tenaga pengajar dalam bidang ilmu kesusasteraan arab iaitu ilmu kalam, mantiq dan perubatan.

Sistem pembelajaran berbentuk kumpulan atau halaqah yang diamalkan iaitu syeikh akan duduk di tempat yang agak tinggi, di tepi tiang masjid dan dikelilingi oleh penuntut. Majlis pengajian tersebut bercirikan unsur-unsur peradaban Islam yang dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa, selawat kepada Rasulullah SAW, seterusnya barulah kelas pengajian dimulakan. Selepas itu, syeikh akan membetulkan kesilapan bacaan dan tulisan penuntut-penuntutnya serta mengulang pelajaran yang lalu di samping menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh penuntut-penuntut.

Kesan serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan yang telah memusnahkan semua universiti di Baghdad telah melonjakkan serta menaikkan kegemilangan Universiti Al-Azhar pada ketika itu. Umat Islam mula mengalihkan pandangan mereka ke Mesir dan menjadikan Al-Azhar sebagai kiblat ilmu umat Islam. Ketika kehancuran Kota Baghdad, semua kitab-kitab Turath (Kitab Lama) yang dihasilkan oleh ulama’ulama’ telah dibakar dan Sungai Furat dan Dajlah bertukar daripada biru menjadi hitam akibat daripada pembuangan kitab-kitab yang telah dibakar. Maka bermulalah era baru pemindahan pusat keilmuan dari Baghdad ke Al-Azhar yang mula melahirkan pakar-pakar keilmuan Islam terulung ke pelusuk dunia Islam hari ini.

3- Al-Azhar di Zaman Kerajaan Othmaniyah
Kerajaan ini mula bertapak di Mesir pada tahun 1517 Masihi di bawah pimpinan Sultan Salim I yang telah Berjaya mengalahkan Kerajaan Mamalik yang berkuasa ketika itu. Walaupun beliau hanya bermastautin selama lapan bulan sebelum pulang ke Qastantiniyah, beliau menggunakan sepenuhnya ilmu yang ada demi kemajuan Islam. Beliau juga terkenal dengan sifat wara’, ‘alim, tawadhu’ dan amat menghormati ulama’. Di samping itu, beliau juga telah membawa ramai ilmuan Islam Al-Azhar termasuk kitab-kitab yang ada di perpustakaan Al-Azhar untuk dibawa ke sana. Hasilnya terbukti apabila bandar Qastantiniyah di Sepanyol terus berkembang pesat dan menaikkan lagi maruah Islam.

Di zaman pemerintahan Pasha, Jamie’ Al-Azhar telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan agama. Para ulama’ telah memberikan kedudukannya yang tinggi, disegani dan diutamakan, di samping mempunyai ilmu yang luas dan terkenal dengan sifat wara’ dan tawadhu’. Al-Azhar juga tidak pernah mengenepikan kaum wanita untuk mendalami bidang keilmuan.

Di zaman pemerintahan Ismail Pasha, beberapa sekolah wanita telah didirikan. Penggubalan undang-undang Jamie’ Al-Azhar pada tahun 1961M telah memberi peluang wanita secara langsung dalam bidang keilmuan. Maahad Khas untuk wanita telah dibina dengan tenaga pengajar yang terlatih serta dilantik daripada penuntut Al-Azhar sendiri. Sehingga sekarang, Al-Azhar memperuntukkan sebahagian perbelanjaan bagi membina bangunan –bangunan yang dikhususkan untuk kaum wanita, seperti bangunan di ‘Kuliyyat Al-Banat’ dan ada juga diperuntukkan di cawangan-cawangan lain seperti di Iskandariah dan lain-lain cawangan.

Monday, March 2, 2009

Apabila orang Kristian pun menggunakan nama Allah.....

Dec 30, '07 10:5 PM

for everyone

Di Malaysia, baru-baru ini timbul satu isu mengenai penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian dalam bahan-bahan penulisan mereka. Pihak berkuasa cuba melarang penggunaan itu tetapi kemudiannya, dilaporkan, menarik balik larangan berkenaan.
Hari ini, saya menerima sms dari seseorang di Singapura yang menyatakan rasa kebimbangan akan kesan penarikan balik larangan berkenaan di Singapura i.e. takut penganut Kristian di Singapura akan mengambil kesempatan untuk menggunakan pula nama Allah untuk tujuan dakwah mereka.

Di bawah ini dikongsikan satu artikel yang menarik dan bagus mengenai isu ini.

sila rujuk http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/366

Namun, komen dari saya ialah:

1. Tidakkah sememangnya agama Islam mengajar bahawa Allah taala adalah tuhan bagi semua manusia i.e. Muslim, Kristian, Yahudi dll.

2. Tidakkah pada hakikatnya agama Kristian itu sebenarnya datang dari Allah juga. Cuma sepanjang sejarah ia berlaku perubahan dan nabi Muhammad diutus untuk membaiki dan menyempurnakannya. Allah itu adalah Tuhan orang Kristian dahulu sebelum menjadi Tuhan pengkiut nabi Muhammad s.a.w.

3. Maka sebab itulah tidak hairan, kalau nama Allah telah digunakan lebih dahulu oleh agama Kristian dalam bahasa Arab dan bahasa suku sakatnya, sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w.

4. Bahkan, nama Allah telah digunakan sebagai Tuhan yang maha agung oleh kaum jahiliyah sebelum perutusan nabi Muhammad s.a.w.

5. Allah taala mengutus nabi Muhamad bukan untuk membuat "exclusive claim" bahawa Allah adalah Tuhan untuk umat Islam sahaja, tetapi untuk menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan semua dan Islam adalah agama untuk semua. Nabi Muhammad s.a.w diutus hanya untuk memperbetulkan konsep ketuhanan Allah sebagaimana dalam surah Al-Ikhlas yang berbeza dari konsep ketuhananan Arab jahiliyah dan penganut Kristian.

6. Oleh itu, isu penggunaan nama Allah yang berlaku di Malaysia, bukanlah sebenarnya isu keagamaan. Tetapi ia lebih bersifat budaya i.e. orang Melayu tidak biasa dan selesa untuk berkongsi penggunaan nama Allah taala dengan penganut agama lain sedangkan ia telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tanpa banyak masalah.

7. Adakah ini akan mengelirukan orang ramai dan membuka pintu kepada Kristianisasi anak-anak Melayu? Perkongsian penggunaan nama Allah di kalangan penganut Islam dan Kristian telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tetapi berapa ramaikah orang Arab yang menjadi Kristian kerana dikelirukan oleh istilah ini?

8. Menjaga akidah Islam anak Melayu ialah dengan ilmu yang ditanam melalui usaha dakwah yang bersungguh-sungguh dan berkesan, bukan melalui larangan-larangan yang tak boleh dipertahankan dari segi hujah ilmu dan realiti sosial.

9. Kalau berlaku peningkatan anak Melayu yang menjadi Kristian, itu pada dasarnya adalah petanda kegagalan kita dalam menanam ilmu dan menjalankan dakwah. Bukan pada dasarnya kerana kekeliruan akibat penggunaan nama Allah oleh pendakwah Kristian.

Salam

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
www.iLuvislam.comoleh: umairzulkefli

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..

'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
mengingin
akan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..
(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..

kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..huhu~~

tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..

kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan xpegang tangan..
tak jiwang-jiwang..

Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula.
.macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."

Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..
sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..

Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."******Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri

Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak..

"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?"
Saya menduga

."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..


"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."


"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..


"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk.
Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal.
Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam.
Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang.
Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..


Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.*******Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.

Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama..

"Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya.

Saya pun fikir..

"Kena tegaskan rasanya".

Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "

[SEND]


[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya..